Sunday, January 21, 2018

Putrajaya News - Watergate 16 Hours Larian Ultra-Marathon

PRESINT 5 – Aktiviti larian semakin mendapat perhatian orang ramai apabila pelbagai penganjuran larian jarak dekat mahupun jauh diadakan di seluruh negara.

Penganjuran aktiviti itu sejajar dalam usaha kerajaan meningkatkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Justeru itu, Team Pacat telah menganjurkan satu Program Larian Watergate 16 Hours edisi yang kelima di Taman Seri Empangan, Putrajaya dengan sokongan Perbadanan Putrajaya (PPj) dan kerjasama Ultron, Checkpoint, Running Lab dan Bio Tech.

Seramai 450 orang peserta telah menyertai larian ini berumur 18 hingga 74 tahun dan bayaran yuran serendah RM50 hingga RM180 dikenakan kepada para peserta.

Wakil dari penganjur Team Pacat, Zulkiflee Zainal berkata, tujuan program ini adalah untuk memberi satu langkah kepada peserta yang baru berjinak dalam ultra-marathon.

‘’Bagi ultra marathon kali ini kami menggalakkan peserta untuk bermula dengan ‘Loop Game’ iaitu berdasarkan konsep time base, peserta diberi masa selama 16 jam bermula 8.30 malam hingga keesokkan harinya dengan jarak sejauh lima kilometer bagi satu pusingan untuk bergelar pemenang.

“Saya berharap lebih ramai lagi peserta yang akan menyertai program ini pada masa akan datang kerana kami menyediakan kemudahan laluan yang baik yang strategik kepada peserta,” katanya.


Source: http://myputrajayanews.com/v2/watergate-16-hours-larian-ultra-marathon/

No comments:

Post a Comment